12/15/2011

oh jerawat ♥


Assalamualaikum dan selamat malam ( kalaaau korang baca waktu malam laaa) hehe.....



hari ni aku nak kongsi dgn korang satu info yang agak menarik....


emmm , korang pernah tumbuh jerawat tak ? ha , msti pernah kn...

orang cakap jerawat ini menandakan kita dah matang . betul ke ???? klau betul dah matang la aku ni yekkk hahaha ..

Jerawat atau ACNE (in ENGLISH) sebenarnya penyakit kulit yang biasa tumbuh di kalangan muda dan ia bermula ketika baligh . emmm , orang2 tua jarang yang berjerawat ek. .

tanpa mmbuang bnyk masa lagi jom kita baca punca jerawat n info menarik tentg JERAWAT!!!!








PUNCA-PUNCA JERAWAT


  • Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
  • Turun -temurun
  • Stres
  • Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
  • Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
  • Makanan- Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.


CARA MENGAWAL JERAWAT




  • Basuh muka anda dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
  • Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
  • Basuh rambut anda lebih kerap.
  • Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
  • Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
  • Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan penggunaan minyak rambut.
  • Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
  • Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.






KEDUDUKAN JERAWAT & INFO NYA





DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.



haaa mcmana ? best tak infoo ini ? aku pon ada jerawatt . geram kan ada jerawat niee. haha . okeyy lah ini saje yg aku nak kongsi .ok bhaiii :) ♥

12/12/2011

lirik lagu kisah insan ♥


lagu blog AIDAA . best lah jahhhh !

lirik lagu kisah insan..aiman

dengarkn bintang-bintang kesepian
bertaburan dilangit keasingan
umpamakan rasa sepi dihati
di keramaian masih kesunyian
beginilah kisah insan didunia
perlukan berteman hidup berkasihan
begitulah aku mengharung usia
perlukan dirimu temanin hidupku
merenung bayangan bulan dikhayal
samakah dengan lagu diangkasa
menatap potret wajahmu adinda
manakah sama kau di depan mata
beginilah kisah insan didunia
perlukan berteman hidup berkasihan
begitulah aku mengharung usia
perlukan dirimu temanin hidupku
hampakah buih-buih yg dipantai
khayalnya buat seketika cuma
seperti apa ku rasa aduhai
kekasihku tika kita bersama
beginilah kisah insan di dunia
perlukan berteman hidup berkasihan
begitulah aku mengharung usia
perlukan dirimu temanin hidupku


*sori if lirik salah .betolkn kalau salah , tak berapa jelas :)

12/09/2011

tibe-tibe rindu time sekolah dulu :)




hai koranggggg :)

hm tajuk entry kali ini sama mcm status kat fb .hehe.saja nak buat post pasal zaman sekolah dulu .sebabnya,lepas komen-komen pic Mira lah tibe-tibe teringat nak buat entry niee .
poyo kan ? haha

sekarang dah takde dah nak balik zaman tuh .zaman yang penuh dgn memori suka dan duka..lagi-lagi law memori yang pahit , susah gilee nak lupakan :(

by the way,aku tetap suka dgn kenangan zaman masa lalu ,sebab pengalaman lah yang mendewasakan aku..(cehhhhhh) hihi


jom tgk pic !














atas nie pic kite dengan Izzati




nie time ada kelas tambahan . time rehat duduk lepak kat tangga .haha






dengan Aida time hari kokurikulum .pakai t-shirt ST JOHN . >.< *rindu cikgu rozain .cikgu ST JOHN







kite dengan daya johari .






pic kite time pakai baju sekolah .haha *poyooooo




dari kiri Ainur,Aida,Izzati,kite ;)





tudung hijau tuh kite,krim Aida ,putih Izzati :)





empat muka lepas koko kuar merayap !hehe






lastly,dengan Miraaa !

BUDAK KELAS

*AINNUR,IZZATI,MIRA,NURUL AIN,DAYAH JAMALUDDIN,ECAH,LINDA,AMAL,NOREEN,IZZUDIN,SHUKOR,ALAN,IWAN,ZAMRI,


rindu nak duduk dalam kelas , rindu nak gaduh-gaduh,nak duduk sebelah-sebelah , makan dalam kelas (makan siput pedas , karipap ) sedappp kan ! lagi rindu borak dalam kelas , pergi sekolah sama-sama,balik sama-sama , lepak KFC ,merayap lepas kelas .huhu


makan bihun sup,beli nuggets dgn daging burger letak sambal kicap byk2 .huhu


but now wants to see korang suma susah dahh kann. everyone is busy with their own business .

seriously, i really miss that moments babe,dude :(

akhirnyaa , legaa dapat tengokk !~

hari ini nak post yang akhirnya dapat jugak tengok cite Ombak Rindu . tapi hari ini baru nak rajin updatee . post kelmarin yang aku kata aku nak tengok esok nye tuhhh cuma tinggal kata-kata jee sbbnya aku tak dpt tengok ponn .haha .sebabnyee ?? sebabnye adalah
SOLD OUT !! . dua timing shows pada hari sabtu itu SOLD OUT . sungguh agak mendukacitakan lahhh kannn .haha . sedihh sungguh nakkk . sob sob sobb ~

tanpa membuang masa dan nak ubatkan hati kami yang lara kann , kitorang tengok lah cite lain , dan tanpa fikir panjang , kitorang beli tiket Ombak Rindu untuk esoknyee sekali .haha .takot kempunan lagi kan , so , beli awal awal .haha .

dah beli tuh , simpan lah tiket tuh kat purse aku and pergi beli popcorn and air .haha .aku nie tak sah kalau tak ada dua tuhh .kitorang tengok cerita Misteri Jalan Lama .

aida kata cite nie mcm ULTRAMAN .haha .memang betul jugak , sebab watak Que Haidar boleh bertukar mcm ultraman .hoho

seram cite nie , lawak .haha boleh lah kann .cite pasal bunian-bunian tuh kann .huhu




nie dia ..





Hans isaac dgn Que Haidar








watak Harak yang jahat , dah lah hodohh .haha geli aku tengokk !

haha pi lah tengok . kitorang dah tgk .haha




esoknyee pada hari ahad , pukul 2 .ktorang pon berlepas lah untuk menonton cerita yang dah lama kami tunggu-tunggu iaitu Ombak Rindu . bestt , sweet ,kelakar haha .dalam tengah-tengah sedih pon boleh buat lawak , tengah serius pon boleh rasa lawak .haha

permandangan yang cantik , lakonanan yg mantap .

sedihh , sebak aku tengokk .lagi-lagi time Hariz tuduh Izzah bukan-bukan....

mmg best lahh kann , mmg cite-cite cm niee aku minat .tapi aku tak baca novel die ponn .sapa yg baca mesti tak puas hati kan sebab ada part yang diorang cut .






okeylah . itu jee . kbhai :)

12/01/2011

ombak rindu !



hari ini ramai orang kat facebook buat status pasal cite ombak rindu .

biaselah , hari ini keluar panggung lah katekan .

sebenrnye , aku pon nak tengok cite tuhhh ! haha aku suka gilexx tengok cite sedihh2 niee . favourite :) tapi suma cite aku layannn . huhu

cite niee sbenarnya diadaptasi dari novel .



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?





lagu tema diee pon dah sedihh , membuatkan aku tak sabar nak tengok..


ombak rindu
hafiz/adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..


tak sabar nak tengok cite nieeee , hari sabtuuu nak pi jugak tengok dengan aidaa ! :)